Birdman (filem)
Birdman (filem)

Birdman (filem)

Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) juga dikenali sebagai Birdman ialah sebuah filem komedi satira Amerika Syarikat 2014 diarahkan oleh Alejandro González Iñárritu. Ia ditulis oleh Iñárritu, Nicolás Giacobone, Alexander Dinelaris, Jr. dan Armando Bo. Filem ini dibintangi Michael Keaton bersama barisan pelakon terdiri daripada Zach Galifianakis, Edward Norton, Andrea Riseborough, Amy Ryan, Emma Stone dan Naomi Watts. Filem ini menceritakan Riggan Thomson (Keaton), seorang pelakon Hollywood yang sudah pudar dikenali kerana melakonkan watak adiwira, "Birdman" dan pergelutannya untuk melancarkan pementasan Broadway adaptasi cerita pendek oleh Raymond Carver.Birdman mengadakan tayangan teater terhad di Amerika Syarikat pada 17 Oktober 2014 disusuli dengan tayangan meluas pada 14 November, mengutip lebih daripada $103 juta di seluruh dunia. Filem ini memenangi empat Anugerah Akademi daripada sembilan pencalonan, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik dan Sinematografi Terbaik di Anugerah Akademi ke-87. Ia juga memenangi Barisan Pelakon Luar Biasa dalam Filem di Anugerah Screen Actors Guild ke-21. Di Anugerah Golden Globe ke-72, filem ini memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Muzikal dan Komedi untuk Keaton dan Lakon Layar Terbaik.

Birdman (filem)

Bahasa Inggeris
Muzik oleh Antonio Sánchez
Disunting oleh
  • Douglas Crise
  • Stephen Mirrione
Pengarah Alejandro G. Iñárritu
Syarikat-syarikatpenerbitan
  • Regency Enterprises
  • New Regency Pictures
  • M Productions
  • Le Grisbi Productions
  • TSG Entertainment
  • Worldview Entertainment
Penerbit
  • Alejandro G. Iñárritu
  • John Lesher
  • Arnon Milchan
  • James W. Skotchdopole
Penulis
  • Alejandro G. Iñárritu
  • Nicolás Giacobone
  • Alexander Dinelaris, Jr.
  • Armando Bo
Pecah panggung $103.2 juta[3]
Mula ditayangkan
  • 27 Ogos 2014
    (Festival Filem Venice)
  • 17 Oktober 2014
    (Amerika Syarikat)
Sinematografi Emmanuel Lubezki
Tempoh tayangan 119 minit[1]
Dibintangi oleh
Negara Amerika Syarikat
Pengedar Fox Searchlight Pictures
Perbelanjaan $16.5-18 juta[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Birdman (filem) http://www.birdmanthemovie.com http://boxofficemojo.com/movies/?page=intl&id=bird... http://boxofficemojo.com/news/?id=3926&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3943&p=.htm http://boxofficemojo.com/news/?id=3961&p=.htm http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=birdman.ht... http://www.boxofficemojo.com/schedule/?view=bydate... http://www.boxofficemojo.com/schedule/?view=bydate... http://www.businessinsider.com/birdman-how-it-was-... http://creativescreenwriting.com/birdman-completel...